SELAMAT BERKUNJUNG DI MTAKERUBUN'BLOG | SEMOGA BERMANFAAT | TERIMA KASIH

Rabu, 29 Juni 2011

PANTUN MERDEKA



meredah sasa bumi melaka,
amalan dayang penggerak hiasan
indah sentosa bumi merdeka,
tinggalan moyang tunggak warisan.

berlapis cempaka di sisi kekwa,
indah redup dihias melati;
semangat merdeka kekal di jiwa,
nescaya hidup lebih bererti.
rawa di tanjung kemas dipaku,
di dada jejawi bersilang hiasan;
jiwa meyanjung lagu negaraku,
tanda pertiwi dijulang warisan.

awan tenang berseri hiasan,
kedidi di hutan riuh belaka;
pahlawan dikenang watan warisan,
menjadi ikutan rakyat merdeka.

halus teratur jambangan cempaka,
di tepi jejawi molek kedidi;
takkan luntur semangat merdeka,
dijulang pertiwi sentosa abadi.

remaja kini menjulang nusa,
bagai cahaya menyeri pandangan;
malaysia harmoni aman sentiasa,
dengan adanya pemimpin sanjungan.

cindai si desa selasih mewajah,
gamat melaka bertingkah kelicap;
andai nusa masih dijajah,
nikmat merdeka dapatkah dikecap?
Merdeka!!!
Bumi merdeka
Kerana mu Pahlawan
Kerana mu Negarawan
Kerana mu Sultan dermawan
Tanah Melayu maju perkasa
Bersama bahasa jiwa bangsa
Bersatu padu membangun nusa
Jalur jalur berkibar dipuncak kuasa
Merdeka! Merdeka !
Semangat kebangsaan saluas lautan
Melambai lambai dihari peringatan
Kebanggaan, bebas meneraju watan
Bangun gagah jiwa pertiwi warisan
Tanahair ku aman dan makmur
Berdasarkan ideology Tun yang subur
Tanahair ku selalu pandang ka timur
Berdasarkan ideology Tun yang mashur
Merdeka! (selepas 52 tahun)
Putra Putri merai tanah pusaka
Ketika hati ibu remok berduka
Ayer mata bapa menyapu muka
Gelombang kuasa para durhaka
Tanahair merdeka sarupa neraka
Merdeka!
Bergema tangis gurindam cuitan
Semangat tenggelam didasar lautan
Melambai lambai suara tuntutan
Keterbukaan amalan perosak watan
Kembali layu jiwa jiwa pertiwi warisan
Kemerdekaan lenyap sepi sama hakisan

Ditulis Oleh : Takerubun

Christian angkouw Anda sedang membaca artikel tentang PANTUN MERDEKA. Oleh MTakerubun, Blogger asal Evav Maluku Tenggara. Semoga artikel ini bermanfaat. Anda diperbolehkan mengcopy paste atau menyebar-luaskan artikel ini tapi jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya

:: MTakerubun ! ::

Comments
0 Comments

Tidak ada komentar: